Jumaat, 16 Mac 2012

Andai kau tahu aku sayang kamu
Ketika kau dakap erat tubuhku...
Dapatku rasakan kasih sayangmu terasa cintamu padaku..
Aku tahu keikhlasan itu..
Dan ketika itu..
Terasa butir-butir air mana jatuh ke bahuku..
Hatiku sayu..
tubuhku kaki..
terasa begitu lemah diriku..
andai kau tahu kau berhasil merobohkan tembok hatiku..
Ketika itu,aku sedar bahawa..
Aku amat menyayangimu...
ku tak mampu zahirkan cintaku padamu..
Kerana inilah diriku..
Kemudian kau lepaskan dakapanmu..
Kau menatap wajahku dengan linangan air mata..
Ku balas kesedihanmu dengan senyuman mesra..
andai kau tahu..
ketika itu hatiku meronta..
ingin ku beritahu pada dunia bahawa kau benar2 aku cinta..
lantaran,kau berpaling membelakangiku..
melangkah meninggalkan ku..
Tanpa menoleh sekalipun ke arahku..
Langkahmu semakin laju..
Andai kau tahu ketika itu airmataku gugur ke bumi...
Tatkala ku melihat kau pergi..
kau tnggalkan aku sendiri..
Ketika aku melakar nota ini..
Imbasan ceritera kita pantas menari..
Dan untuk sekali lagi..
Mutiara ini jatuh ke pipi..
Ketika ini aku begitu merinduimu..
Aku rindukan dakapanmu..
Aku rindukan perhatianmu..
Walau kau tak lagi di sisiku..
Percayalah aku masih menyayangimu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan