Isnin, 24 Oktober 2011



Kenapa Awak Berubah?

Awak hadir dalam hidup saya dikala saya kesunyian dan memerlukan seorang teman untuk diajak berbicara. Awak hadir tepat pada masanya dikala saya sedang mencari seseorang yang boleh membuatkan hidup saya bahagia. Awak hadir dikala saya kesunyian menempuhi liku-liku hidup ini. Awak hadir disaat saya memerlukan awak sebagai peneman hidup saya. Betapa bertuahnya saya dengan kehadiran awak dalam hidup saya. Awaklah yang banyak membantu saya melupakan kisah silam saya. Melupakan manusia yang tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah saya berikan selama ini. Awak yang banyak mendengar masalah saya. Awak bukan sekadar pendengar yang setia tapi pada masa yang sama awak juga menasihati saya walaupun kadang-kadang nasihat awak itu tidak saya turuti. Sekurang-kurangnya saya tahu awak ambil berat pasal diri saya. Thank a lot awak sebab kehadiran awak banyak membantu saya walaupun kita sekadar kawan sahaja and not more than that.


Awak
Saya happy bila tiap-tiap hari awak mesej saya. Bila dengar bunyi mesej dan nama awak yang terpapar dekat skrin itu saya akan tersenyum lebar. Sememangnya hampir tiap-tiap hari saya tunggu mesej awak. Kalau awak tak mesej dalam masa sehari saya akan gelabah dan mula fikir yang bukan-bukan pasal awak. Saya tahu awak tak mesej saya sebab nak uji saya kan. Nak tahu saya akan mesej awak ke tak kalau awak yang tak mulakan dulu. Tapi awak kena tahu. Saya memang nak mesej awak tapi saya malu. Yelah saya kan perempuan takkan la saya nak mulakan dulu. Awak kenala faham. Saya tak mesej awak bukan tandanya saya lupakan awak tapi saya MALU. Kalau awak nak tahu saya tak senang duduk kalau awak tak mesej saya dalam masa sehari. Sebab kitakan dah biasa mesej tiap-tiap hari. Then bila awak tak hantar mesej 2 akan membuatkan saya rasa janggal dan pelik la. Boleh dikatakan tiap-tiap jam saya akan check handphone untuk pastikan ada mesej dari awak ke tak.


Dengan zaman teknologi yang canggih sekarang ini, kita bukan sahaja contact melalui handphone tapi melalui cara lain juga. Itu membuatkan hubungan kita lagi bertambah rapat. Kita skype, ym, fb dan banyak lagi la cara yang boleh mengeratkan hubungan kita ini. Kita juga selalu share masalah sama-sama. Kalau awak ada masalah awak story dekat saya begitu juga saya. Saya nasihat awak dan awak juga nasihat saya. Kita juga saling mengingati antara satu sama lain. Bila salah seorang dari kita ada masalah, kita bagi dia semangat dan dorongan. Kita bagi dia sokongan supaya dia tak merasa keseorangan. Pendek kata semua masalah awak ada dalam tangan saya dan masalah saya juga mungkin awak tahu walaupun tak sebanyak saya tahu pasal masalah awak. Walaupun tak dapat membantu dengan wang ringgit atau tulang empat kerat, sekadar membagi sokongan sudah cukup menggembirakan hati. 


Tapi kini
Saya dapat merasakan yang awak dah mula jauh dari hidup saya. Ke perasaan saya je? Kalau ini hanya perasaan saya kenapa saya dah tak kenal awak yang dulu. Saya nak awak yang dulu. Saya tak suka dengan diri awak sekarang. Boleh tak awak jadi macam dulu? Saya nak awak yang suka sindir-sindir saya. Saya nak awak yang suka kacau saya. Saya nak awak yang suka gedik-gedik dengan saya. Saya nak awak yang suka manja-manja dengan saya. Saya nak awak yang suka kutuk-kutuk saya. Sesungguhnya saya amat merindui saat-saat indah itu. Walaupun saya marah awak kutuk-kutuk saya sebenarnya jauh di lubuk hati saya, saya tak pernah pun simpan di dalam hati malah saya senang dengan perangai awak 2. Saya anggap itu semua sebagai gurauan untuk merapatkan lagi hubungan di antara kita.


Awak,kenapa awak berubah?
Kalau dulu tiap-tiap hari awak mesej saya tapi sekarang dah jarang. Kalau awak mesej pun itu hanya sekejap saja dan boleh bilang dengan jari berapa mesej je awak reply dekat saya. Then bila saya pula yang mesej dekat awak, awak macam nak mengelakkan diri dari saya. Awak cakap ada kerja la. Pas2 awak reply mesej lambat-lambat. Kenapa awak? Awak sibuk ke? Kalau awak sibuk saya pun sibuk juga tapi saya still ada masa untuk awak. Still ada masa nak reply mesej awak. Saya boleh buat macam 2 tapi kenapa awak tak boleh? Susah sangat ke awak. Saya sedih la awak. Awak sudah banyak berubah. Saya rasa kita pun dah lain. Dah tak macam dulu lagi. Kalau dulu kita boleh bergelak ketawa sakat-menyakat tapi sekarang tak lagi. Awak yang musnahkan semuanya. Kenapa awak? Awak ada masalah ke? Kenapa awak tak nak story dekat saya? Apa gunanya saya sebagai kawan awak ni. Saya bukan kawan awak masa awak senang je tapi masa awak susah pun saya still dengan awak. Awak kena ingat itu. I'll always be by your side.


Awak...
Mungkin awak dah tak sudi saya jadi kawan awak lagi kan. Kalau macam itu saya terima dengan redha awak sebab saya kawan dengan awak ikhlas. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan pun. Saya kawan dengan awak sebab i'm happy to be friends with you. Tapi sekurang-kurangnya awak bagitahu la saya yang awak dah tak boleh nak teruskan persahabatan kita ini. Saya akan cuba memahami awak dan akan terima apa jua keputusan awak. Dan saya juga nak tahu kenapa awak dah tak nak saya jadi kawan awak. Saya ni kawan yang teruk ke bagi awak? Kalau saya teruk maafkanlah saya sebab setiap manusia mempunyai kekurangan dalam diri masing-masing. Nobody perfect. Mungkin juga dengan memutuskan persahabatan kita akan membuatkan hidup awak lebih tenang dan segala masalah awak selesai. Saya pasrah. Saya terima asalkan awak bahagia dengan hidup awak.


Awak..
Sepanjang kita berkenalan bohonglah kalau saya katakan kita tidak pernah bergaduh. Itu sudah menjadi kebiasaan. Kalau boleh saya nak elakkan dari bertengkar dengan awak sebab kalau kita gaduh hidup saya akan sunyi. Tak ada lagi orang nak kacau saya. Nak perli-perli saya.Tapi saya juga manusia biasa. Walaupun cuba mengelakkan dari bergaduh dengan awak, takdir kita tak dapat nak tolak. Kita pernah bergaduh dan awak juga pernah tanya saya kenapa saya tiba-tiba berubah. Saya layan awak dengan dingin. Awak tak tahu kan kenapa saya jadi macam 2.? Hanya saya seorang je yang tahu kenapa. Tapi biarlah saya simpan dalam hati ini. Selama hati ini boleh tahan saya akan simpan rahsia ini.


Tentu awak tertanya-tanya kan kenapa saya buat semua ini. Kenapa saya still nak kawan dengan awak walaupun awak dah lain sekarang ni? Kenapa saya still mesej awak walaupun saya tahu awak macam dah tak sudi nak mesej dengan saya?  Kenapa saya sedih bila awak tak hiraukan saya? Kenapa saya sedih bila awak dah jarang mesej saya? Kenapa saya sedih bila saya gaduh dengan awak? Awak pernah fikirkan semua itu ke. Tak pernah terlintas langsung ke di hati nurani awak kenapa saya macam ni. Pernah ke awak fikir? Kenapa? Kenapa? Kenapa dan kenapa? Mungkin awak akan cakap saya ni perempuan bodoh tapi itulah kenyataannya. Kenyataan bahawa SAYA SUKAKAN AWAK!!!!!!

Sabtu, 22 Oktober 2011

xsilap aq 15.10.2011 ary khamis
kami dibawa oleh cikgu untk mmbuat siaran langsung kat hotel goldcoast
kat situ ramai siot awex2 yg chantex . . . .gerum aq dbuatnye . . . hahahaha
walaupn aq selalu kesunyian . . .
tp kdang2 blew kuar ngan mmbe . . aq rse srnk sngt . .
yelaa . .bukannye sllu dpt kua ngan mmbe . . mngkn stahon skali jea dpt kua . . tu pn mse skola
nnt paz SPM mngkn da xkn dpt kua brsme lg . . . ylaa . . sme akn bwak hluan msing2
hmmm . . .
2 je la . .. aq pn xtaw na update ape . .hehe