Jumaat, 1 Jun 2012

Sekolahku~~

Teringat zaman persekolahan dahulu. 

Terasa ingin kembali ke sekolah.

Bertemu guru-guru dan teman-teman. 

Terasa ingin memakai kembali baju sekolahku. 

Duduk di mejaku yang dahulu.

Terkenang guru-guru yang banyak berjasa kepada saya dan kawan-kawan. 

Moga mereka sentiasa sihat dan bertenaga untuk mengajar adik-adik saya supaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

 Zaman persekolahan adalah zaman yang sangat menyeronokkan. 

Sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. 

Di situlah tempat kita bermain, belajar dan menuntut ilmu.

Di sekolah jugalah kita berkenalan dengan kawan-kawan kita. Yang sekarang masing-masing berpisah jauh untuk menimba ilmu.

Di sekolah juga kita belajar untuk menjadi seorang yang matang untuk menempuh hidup yang datang.

Buat guru-guruku yang tersayang,

Terima kasih di atas didikanmu

Tanpa didikanmu, siapalah kami

Moga Allah memberkati kalian

Doakanlah anak muridmu menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.