Khamis, 5 Mei 2011

kte kne maafkan antre 1 sme lain

Aku yakin setiap orang dari korang mesti pernah buat salah, dan korang memang konfirm itu salah korang. Jadi,  korang dah mintak maaf belum? Atau korang terlalu ego untuk minta maaf sebab korang rasa girlfriend/boyfriend korang buat salah? Atau korang rasa korang masih muda untuk mintak maaf, biar yang tua minta maaf? Atau..atau korang nak bermanja-manja dengan suami/isteri korang, nak tengok macam mana dia pujuk atau minta maaf. Tolonglah, perkara minta maaf ni jangan dibuat main, walaupun serapat mana kita dengan seseorang tu, kita perlu usahakan minta maaf. Aku cuba bertanya pakcik Google, tak ada yang membantu Jadi sebab tu aku buat entri kenapa perlu cepat minta maaf? Sebabnya:-
1.) Hati terguris perlukan ‘ubat’ – Minta maaf adalah ubat paling mujarab jika kita ikhlas semasa meminta maaf. Bak kata aku, dari lidah turun ke hati, jadi perlu segera meminta maaf, bermakna segera beri ubat jika itu memang salah kita..jangan plak pergi jumpa doktor pakar cinta – yusri
2.) Menaikan semangat seseorang – Mulut kita memang susah nak simpan rasa bangga dengan apa yang kita dah capai, kadang-kadang apa yang kita katakan disalah anggap oleh teman rapat atau orang sekeliling, dan ada yang dah kecil hati dan rasa useless dan tak bersemangat. Kalau korang sedar yang kata-kata korang tu membuat mereka bermasam muka, cepat-cepatlah minta maaf dan jelaskan kenapa korang berkata begitu dengan menyunting semangat balik kepada orang tersebut..kalau orang lemah semangat jangan pulak mintak maaf, karang pengsan plak dia..hehe
3.) Minta maaf jika masih sayang – Sejujurnya, aku memang jenis yang tak suka minta maaf secara terang-terangan, minta maaf bagi aku adalah dengan bermesra dengan orang yang telah terguris dengan aku dan berjanji tak akan buat lagi pada dia. Tapi, tak semua berfikiran indirect macam tu, ada yang nak maaf itu diluahkan. Jadi, jalan paling selamat untuk menyelamatkan cinta atau buah hati korang dengan meluahkan rasa bersalah dan minta maaf dan jelaskan kenapa terjadi demikian..atau nyanyi lagu masih jelas oleh Hafiz AF7, hehe..
4.) Elak kejadian lebih buruk – Kalau kita tengok sekeliling kita, banyak cerita pasal artis saman sana dan saman sini. Tapi kita yang bukan artis type ni, tak kan jadi saman-saman ni, itu pun kalau dah teruk. Macam mana dengan minta maaf boleh elakkan perkara menjadi lebih teruk? Pernah tak korang langgar kereta orang? Aku pernah, masa tu tak tau nak cakap apa, sebab memang salah aku. Aku terus mintak maaf dengan muka seposen dan dengan nada yang agak lembut agar orang tu dengan isi hati aku yang ikhlas ni, jadi lepas bincang secara ringkas, dia pun maafkan aku dan tersenyum, fuh…langgar sikit senyumlah dia, kalau banyak…ayok!!!
5.) Supaya tidak didoakan bukan-bukan – Perkara ni selalunya terjadi bila seorang pelajar atau murid yang suka tanya soalan yang memang dah ada dekat buku, tapi itu bukan salah korang kalau korang tanya satu atau dua soalan, tapi yang menjadikan cikgu tu terguris apabila kita bidas balik jawaban yang diberikan beliau. Sapa tak marah kalau orang yang bertanya membidas. Jadi jika korang seorang anak murid, eloklah minta maaf cepat, bukan nak kata cikgu kita suka doakan yang bukan-bukan, kalau terlintas kat hati cikgu tu ‘Apalah kurang ajar budak ni, aku tak berkatkan ilmu aku’, itu kan doa…aha, tak tau…
6.) Aku tak bisa membantumu buat masa ini – Korang memang suka tolong orang dalam kesusahan, tapi kalau waktu pertolongan itu diperlukan, korang memang tak dapat nak hulurkan bantuan. Tapi persoalan aku, perlu tak korang minta maaf? Pendapat aku, korang perlu minta maaf jika orang yang minta tolong itu adalah rakan-rakan rapat atau sanak saudara dan juga keluarga. Lainlah kalau orang yang mintak tolong tu kita kurang rapat, mungkin dorang akan faham dengan mudah sekali, tapi lain dengan orang yang sangat rapat dengan kita..harap korang fahamlah ye…huhu
7.) Aku perlukan kamu untuk teruskan hidup ini – Ramai suami isteri masa kini yang terpaksa memilih jalan cerai akibat tidak lagi sehaulan. Tak sehaluan? atau itu semua ego? Ramai yang dah cerai, mencari jalan untuk bersama kembali, yang dah talak sampai tiga tu, alamat kena tunggu cina buta atau tunggu jela, yang cerai talak satu, masih berpeluang selagi mana bekas isteri mereka tak kahwin lagi. Kita boleh elakan penceraian, insya’Allah dengan mempercepatkan minta maaf. Sebabnya, orang yang paling rapatlah yang mudah terguris tapi susah pula nak sembuh. Dalam hidup berkeluarga perlu ada rasa tolak ansur dan berusaha kuat untuk mengekalkan perkahwinan, macam Slot Akasia Adamaya yang paling korang minat sampai nak download free…haha…saje masukan unsur-unsur SEO disini…hehe..
8.) Itu ibu kamu – Macam yang aku kata tadi, orang yang paling rapatlah yang mudah terguris dengan perbuatan kita, terutama ibumu..Pernah tak ibumu menangis dengan perbuatan kamu? Tak pernah nampak? Itu bermakna ibumu seorang yang pemaaf, jika dia sering menangis, itu bermakna dia tak sangka diperlakukan begitu dan sering teringat-ingat perbuatan korang yang lalu. Sebagai contoh, mungkin korang tak balik rumah selama ini sebab kesibukan kerja, tapi pada hari-hari penting, cubalah rancang atau berniat untuk balik ke kampung, sebab diri korang tu adalah hadiah yang tak ternilai, jadi nanti rancang-rancanglah balik…tapi kalau dok jauh, talipon jelah..
Syukur, aku dapat habiskan entri ni dengan jayanya…Tapi serius aku katakan, kalau kita rasa orang tu tak kisah dengan perbuatan kita, kita silap besar. Mungkin dorang akan jauhkan diri pada korang dalam korang tak sedar. Jadi perlulah tunjukan atau lafazkan yang korang minta maaf seikhlasnya, mungkin dia kawan baik sepanjang hidup korang atau bakal pasangan hidup korang…Jadi luahkanlah jika kamu bersalah…sekian..

Ahad, 1 Mei 2011

xsngke

huh...ary sabtu 30.4.2011..
aq gi uat rkman video teate kt high school......
mmg pnat gler siot...
kowx byangkan 3 jam brdri......nak mampoz aq dbuatnye...haha.....tp sronok teate 2...
ade wat lawak ade gax yg cdey....na nangis je rse..hehe.....
paz2 Fauzi nawawi datang...dy dtg tgok adeq dy blkon...hahhaa..bolela...
mse na blik 2...aq gi jmpe dy....aq ckp...bley x na amik gmbr skali...paz2 dy ckp bleh.....
bru je na amik....pufff.....org da taarik dy....bngang siot.....
xpw la....akhirnye aq dpat gax..hehe.....
bkannye sllu kan.....apw slahnye klu kte jmpe artis kte jd gler2 sket kan...haha..
xsngke aq dpaat jmpe dy kt tmpat cam ni...haha

huhu............................